Bahan-bahan:
Sedikit minyak masak
10 gm bawang putih, dicincang
20 gm bawang merah, dicincang
1 liter air rebusan daging
1 biji kentang, dipotong dadu
120 gm bebola daging
1 tin laici, diambil buahnya sahaja
200 gm udang, sederhana besar
5 gm lada sulah
5 gm garaml
5 gm gula
2 tangkai daun ketumbar
Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan air rebusan daging dan kentang. Biar mendidih.
3. Masukkan bebola daging dan laici. Perlahankan api.
4. Masukkan udang.Tutup periuk seketika.
5. Masukkan lada sulah, garam dan gula.
6. Hiaskan dengan daun ketumbar apabila dihidang.
Comments
Post a Comment